Friday, 1 April 2016

Kesal yang terlambat

Nur Insyirah baru terjaga dari tidurnya. tekaknya terasa sangat perit. sangat haus. perutnya pula memulas-mulas minta dimuntahkan isinya. namun kepalanya terasa berat sangat untuk digerakkan.

"Allah!" hampir-hampir Nur Insyirah terjatuh sebaik menjejakkan kakinya dilantai yang marmar yang licin itu.


dengan semangat yang berkobar-kobar Sheikh Altaf terus meninggalkan restoran tersebut dan melangkah laju ke keretanya yang tersadai di bahu jalan. pantas dia menghidupkan enjin dan kedengaran kereta honda preludenya mengaum menjauhi restoran itu. sayang... abang datang sayang... I love you syira!


Nur Insyirah menapak keluar dari kamar itu menuju ke anak-anak tangga untuk turun ke dapur. dia benar-benar haus dalam masa yang sama perutnya tidak berhenti memulas. rasa nak muntah saja kat tangga banglo mewah suaminya itu. dengan pandangan yang berbalam-balam Nur Insyirah mula menuruni anak-anak tangga satu-persatu dan tanpa disengajakan kakinya tidak terpijak pada anak tangga yang sepatutnya menyebabkan tubuhnya hilang keseimbangan.

"Allah!!!!" Nur Insyirah terjerit kuat apabila tubuhnya terhempas di anak-anak tangga yang tinggi itu. tubuhnya berguling-guling sampailah terhenti dibawah apabila kepalanya terhempuk dengan kaki sofa yang keras. terasa ada benda panas yang mengalir dicelah kangkangnya. sempat Nur Insyirah termuntah darah sebelum tidak sedarkan diri.


Sheikh Althaf membelokkan keretanya digaraj khas untuk kereta hondanya sahaja. dengan terkocoh-kocoh dia mematikan enjin kereta dan segera keluar dari tempat duduk pemandu. barang-barang dikeluarkan dari bonet kereta dan dengan langkah yang panjang-panjang, Sheikh Althaf pantas masuk kedalam banglo mewahnya. sebaik pintu utama ditutup semula Sheikh Althaf segera bergerak ke ruang tamu. saat pandangan matanya hinggap di anak-anak tangga entah kenapa hatinya berasa resah. ahh.. mainan perasaanku sahaja!

Sheikh Althaf menapak kedapur dan mendapati dapur itu kosong. biasanya isterinya akan menyediakan kuih pisang goreng untuknya petang-petang begini. dahlah dia penggemar setia kuih tersebut tambah pula ianya hasil dari air tangan isterinya yang sangat sedap masakannya. tapi kali ini kuih tidak terhidang untuknya. mungkin Syira masih tidur! kata hati lelaki itu. barang-barang dapur diletakkan ke tempat yang sepatutnya. daging ayam dimasukkan ke peti sejuk. begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan juga dimasukkan ke dalam peti sejuk.

sesudah selesai menyimpan semua barang-barang yang dibelinya tadi, Sheikh Althaf lekas mahu naik ke atas bilik mereka ingin menemui isteri tercinta. Sheikh Althaf tersenyum geli hati. ya! dia sedar dia harus ucapkan kata-kata cinta buat Nur Insyirah. dia mahu isterinya tahu bahawa dia benar-benar cintakan isterinya itu.

saat Sheikh Althaf melintas diruang tamu yang menghala ke anak tangga untuk kebilik mereka, dia terpandangkan ada tompok-tompok merah dibawah sofa. Sheikh Althaf menggeleng kepala sambil mengeram bibirnya lalu Sheikh Althaf balik semula ke dapur untuk mengambil kain pengelap.

"huh! camne pulak sos tu boleh tumpah kat sini?" Sheikh Althaf duduk mencangkung dan kepalanya menunduk ke bawah sofa dan saat itulah dia terpandangkan jasad kaku Nur Insyirah di belakang sofa. Sheikh Althaf hairan kenapa isterinya boleh tertidur disitu.

"Syira!!!" Sheikh Althaf memanggil isterinya. mahu mengejutkan isterinya sebenarnya. kesian pulak dia lihat isterinya tertidur pulas disitu. tetapi sesaat baru dia terperasan ada cecair yang disangkanya sos bertompok-tompok dekat dengan isterinya dan dari situlah sumber tompok-tompok merah dibawah sofa itu datang.

"syira!! bangun sayang!! kenapa sayang tidur kat situ??" sekali lagi Sheikh Althaf memanggil isterinya. kuat sedikit suaranya. tiba-tiba sahaja timbul perasaan musykil. apakah sos boleh tertumpah dekat dengan isterinya dan kenapa warna sos telah berubah menjadi merah pekat. dengan persoalan yang tidak berpenghujung, Sheikh Althaf menyentuh tompok merah itu dengan jari telunjuknya dan tangannya yang bersalut 'sos' dibawa dekat ke hidung. dihidunya cecair yang sudah membeku itu. terus terbeliak matanya.

"Ya Allah! darah!!!!" terteriak Sheikh Althaf begitu kuat sekali kerana amat terperanjat. kini barulah dia sedar dan perasan yang isterinya telah tercedera.

"kenapa aku bodoh sangat ni??? Ya Allah! Syira!!!! sayang!!!! Ya allah isteri aku!!!!" Sheikh Althaf begitu panik sekali. lekas dia menyusup masuk kebawah sofa kerana terlalu cemas dan tidak dapat berfikir dengan waras. apa yang bermain difikirannya hanyalah untuk berada dengan isterinya.

"sayang!!!! ya allah apa yang terjadi kat isteri aku ni?? sayang!!! sayang!!!" Sheikh Althaf terus menggoyang-goyangkan tubuh isterinya. habis basah baju yang dipakainya dengan darah isterinya yang diredah dibawah sofa tadi. dia langsung tidak mempedulikan keadaanya. nadi isterinya pantas diperiksa. hampir tercabut tangkai jantungnya. nadi isterinya sangat lemah. lantas Sheikh Althaf menggoyangkan bahu isterinya lebih kuat lagi.

"sayang!!! buka mata Syira sayang! jangan tinggalkan abang! abang minta maaf! sayang!!!! bangun sayang! sayang!!!" Sheikh Althaf sudah menghambur tangisan. pipi isterinya ditampar perlahan. namun isterinya masih tidak sedarkan diri. Sheikh Althaf menyalahkan dirinya seratus peratus. kalau dia tidak memaksa isterinya tadi tentu wanita itu tidak jatuh sakit sebegini. mana perginya sifat perikemanusiaan aku ni?? Althaf!!! kau memang bodoh!!!! ya aku mengaku!!!! aku memang lelaki yang paling bodoh di dunia!!!! akhirnya lelaki yang menjunjung ego itu mengongoi menangis. pipinya ditekap kepipi isterinya. habis basah wajah isterinya dengan airmatanya.

"sayang!!! jangan takutkan abang sayang!! bangung sayang!! buka mata Syira sayang!!!! Ya Allah apa yang dah aku buat ni! aku berdosa padamu ya Allah! aku insaf ya Allah! aku insaf! sayang... bangun sayang! jangan tinggalkan abang! abang cintakan sayang dari kali pertama abang ternampak sayang dulu! tapi abang tak nak mengaku yang abang terlalu cintakan sayang!!! abang yang bersalah dalam hal ni! abang yang terlalu ego! abang memang kejam sayang! Ya Allah selamatkanlah isteri aku! bantu hamba Ya Allah! bantu hamba!" Sheikh Althaf memeluk erat tubuh isterinya. perasaan kesal begitu menggunung didadanya. wajah isterinya dicium semahunya. sejuk wajah itu dirasakan. terus menggigil tubuh Sheikh Althaf. gara-gara nafsu serakahnya, isterinya menderita dari hari pertama mereka bergelar suami isteri.

dengan keadaan yang sangat kalut, Sheikh Althaf pantas naik kebilik mereka dan mengambil gebar tebal dan terkocoh-kocoh menuruni anak tangga. tubuh ramping isterinya yang hanya berbalut gaun tidur dibungkus dengan gebar. sempat matanya memeriksa keadaan tubuh isterinya. lemah sekali badan isterinya itu. tampak sangat tidak berdaya. aku yang bersalah!!!!! aku kejam!!!!!!!!!!!

"jangan tinggalkan abang sayang! I love you!" Sheikh Althaf sempat mengucup bibir sejuk isterinya dan dengan terkocoh-kocoh mencempung tubuh isterinya keluar dari banglo menuju ke kereta mewahnya. tubuh kaku Nur Insyirah diletakkan dibelakang kereta dan dengan terketar-ketar dia menghidupkan enjin lalu keretanya membelah jalan raya menuju ke hospital UKM. sepanjang pemanduannya, airmata lelaki ini tidak henti-henti menitis. sayang... maafkan abang... jangan tinggalkan abang sayang...